Isu Air Mainan Politik Tutup Kerajaan Selangor Gagal- Safarizul

Posted: 07/27/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pemuda UMNO Selangor melihat isu air bukanlah satu isu dan bukanlah satu bebanan kepada rakyat Selangor sebaliknya ia dijadikan senjata politik Kerajaan Negeri Selangor bagi meraih simpati rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

”Selain sebagai senjata politik untuk meraih simpati rakyat Selangor, ia juga membazir duit anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang terpaksa berbelanja RM11 juta sebulan bagi maksud tersebut sedangkan jumlah yang sama boleh disalurkan untuk keutamaan lain seperti terus kepada kumpulan sasar iaitu golongan yg berpendapatan rendah.

Ini kerana subsidi air ini tidak berjalan dengan cekap sehingga penduduk yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa tak dapat subsidi ini, walaupun sebelum ini dijanjikan sistem kupon namun ianya tidak terlaksana seperta apa yang disebut kerana pentadbiran yang tidak cekap,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, walaupun Selangor dan Lembah Klang dijangka akan mengalami masalah krisis air untuk tempoh 3 tahun akan datang, namun kerajaan negeri masih nak berselindung dengan sepak terajang politik bila mana tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek bekalan air mentah yang hendak disalurkan dari Pahang.

”Mereka tahu bahawa projek ini tidak akan memberi impak politik untuk mereka maka itu tidak ada kerjasama daripada kerajaan negeri, akhirnya kita nampak inilah sikap mereka yang terang lagi bersuluh, meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s