Cadangan Mansuh Diskaun Bumiputera Bukti DAP Parti Cauvinist- Khir Toyo

Posted: 07/27/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Barisan Nasional (BN) Selangor membantah sama sekali tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor bagi memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu adalah tidak benar sama sekali.

Cadangan yang dibuat Tony ini mempunyai agenda tersendiri, agenda untuk menarik orang-orang Cina menyokong DAP. Namun dalam masa yang sama, DAP terlupa bahawa agenda mereka ini akan merosakkan kestabilan politik negara.

Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, dakwaan Tony yang mengatakan dengan adanya diskaun 7dan 10% ini akan mengurangkan keupayaan ekonomi bersaing tidak betul.

“Selama ini, Selangor jadi negeri maju dengan sistem yang ada. Saya tidak nampak ada masalah dan pemaju tidak pernah mengadu asalkan bagi mereka selepas dibuka, tidak ada pembeli, kita akan buka kepada awam.

Saya lihat parti DAP ini parti chauvinist. Dia chauvinist cina. Dia akan melihat dari pandangan chauvinistnya. Sebab itu saya harap sangat agar kerajaan negeri jangan layan pemimpin ataupun mereka yang berfikiran chauvinist ini kerana ia akan merosakkan kestabilan negara.

Beliau turut menasihatkan agar jangan gunakan alasan ekonomi untuk memandang remeh atau melemah-lemahkan orang lain kerana di dalam negara kita, ada tiga kaum. Sehubungan dengan itu, kita harus membahagikan ekonomi perlu dibahagikan lebih dalam keadaan sama rata.

”Kalau tidak, satu kaum jika tidak puas hati mereka akan ambil tindakan sendiri. Ini pastinya akan merosakkan kestabilan negara. Saya harap, Tony Pua kena kaji dululah,” ujarnya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Dalam masa yang sama, beliau menempelak PKR dan Pas yang hanya mendiamkan diri dalam isu ini kerana mereka tersepit.

”Mereka hari ini berada dalam mulut buaya. Jadi, mereka tidak boleh buat apa. Sebab itu saya pernah kata dulu bahawa Pas akan jadi parti angguk sahaja. Pkr ini pula saya ingat parti yang buat rakyat kelam kabut sekarang. Saya harap orang Melayu sedar, bahawa bukanlah macam kerajaan BN ini betul semua, tetapi polisi yang menggunakan diskaun 7% untuk harga rumah-rumah yang harga tinggi kepada orang Melayu merupakan polisi yang baik.

Kalau kita lihat hari ini, adalah orang-orang Melayu yang berpeluang duduk di kawasan-kawasan yang kita panggil berprestij ini. Ia menyebabkan sosial balance among the race dalam negara kita. Jadi kita kena buat kajian terperinci dan bukannya mengambil jalan mudah seperti kata Tony Pua ini,” tambahnya.

Sumber: http://www.sahabat-gunung.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s