Anwar Sekali Lagi Dicabar Jelaskan Pembohongannya

Posted: 07/27/2010 in Uncategorized

KELANA JAYA- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sekali lagi mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasan berhubung pembohongannya mengenai Yayasan Masa Hadapan (Foundation for the Future – FFF).

Menurut beliau, pembohongan Anwar berhubung isu tersebut jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai agenda tersembunyi bagi menyelamatkan kelangsungan politiknya.

“Pembohongan tersebut dilihat bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan. Ketika itu beliau mengatakan Yayasan berkenaan tidak menerima satu sen pun daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

“Dua minggu sudah, satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah NGO di AS, yang memantau perbelanjaan AS sama ada cabang eksekutif atau cabang kongres sahkan bahawa Yayasan yang dipengerusikan Anwar pada waktu itu telah menerima berjuta-juta ringgit daripada kongres.

“Jadi Anwar kena jawab sebab ini satu penipuan. Saya dah cabar dia sebelum ini untuk memberikan penjelasan. Saya tidak akan tanya kalau ianya sekadar andaian atau percakapan politik. Tetapi beliau cakap dalam kenyataan tidak terima satu sen pun.

“Dia cakap beliau bukan boneka sebab tidak pernah terima satu sen pun. Hari ini saya ada bukti mengenai pembohongan Anwar itu dan beliau memang terima duit tersebut,” katanya kepada laman umno-online selepas mengadakan gotong-royong bersama penduduk di Taman Desa Ria, di sini, Sabtu.

Pengerusi Pemuda BN itu sebelum ini melontarkan cabaran mengenai isu yang sama, namun sehingga hari ini, Anwar masih gagal memberikan penjelasan dan mengunci mulutnya daripada memberikan penjelasan.

Sebelum ini, Khairy yang memetik laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (Government Accountability Project-GAP) AS memberitahu, dalam kenyataan sebelum ini, Anwar menjelaskan, FFF antara lain hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom serta Jordan dan bukannya Amerika Syarikat.

“Pembohongan Anwar terbukti apabila laporan sebuah pertubuhan AS mendedahkan, ketika Anwar mempengerusikan FFF, yayasan tersebut telah mendapat dana RM68.21 juta(AS$21.3 juta) daripada Jabatan Negara AS.

“Anwar juga telah memberi penjelasan tidak tepat kepada AS apabila mendakwa akan mendapatkan dana sepadan (matching fund) daripada negara lain untuk kegunaan FFF.

“Kongres AS iaitu cabang kerajaan negara itu sudah keluarkan AS$21.3 juta pada tahun tersebut untuk FFF. Ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan,” katanya.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Mei 2007, Anwar memberitahu, FFF antara lain hanya menerima dana daripada Turki, United Kingdom serta Jordan sementara AS tidak memberikan dana kepada yayasan tersebut.

Namun, laporan GAP berkenaan FFF menyebut bahawa pengurusan yayasan itu termasuk bekas Pengerusi FFF (dan kawan rapat Paul Wolfowitz) Anwar Ibrahim, telah mengelirukan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (US Internal Revenue Service).

Laporan GAP juga menjelaskan, sekiranya AS ingin memberi bantuan dana kepada sesebuah yayasan seperti FFF, yayasan itu sendiri juga perlu mendapatkan bantuan kewangan daripada negara-negara lain.

Bagi nilai AS$21.3 juta, FFF perlu memperoleh AS$22.26 juta daripada negara lain dan Anwar didapati telah memberi penjelasan kurang tepat apabila hanya berjaya mengumpul AS$6.4 juta.

GAP adalah pertubuhan utama yang melindungi para pemberi maklumat di negara itu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, laporan yang dikeluarkan oleh GAP selepas mengkaji 272 dokumen selama 33 bulan membuat rumusan bahawa Anwar telah memberi penjelasan mengelirukan kepada Kongres AS. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s