Taman Desa Ria Lokasi Kedua JOM Tabur Khidmat

Posted: 07/26/2010 in Uncategorized

Oleh Adnil Mohd

PETALING JAYA 25 Julai – Program ‘Jelajah One Malaysia’ (JOM) Pemuda Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menabur baktinya di Temerloh terus mengorak langkah membantu masayarakat setempat.

Program tersebut yang merangkumi program gotong-royong, membaiki rumah penduduk  dan sebagainya hari ini menemui penduduk di Taman Desa Ria, Petaling Jaya Selatan.

Dengan sokongan padu Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan seluruh kepimpinan Pemuda Parti komponen serta belia 4B kawasan berkenaan serta penduduk setempat yang lain, mereka sama-sama membersihkan surau dan persekitaran Flet berkenaan.

Program berkenaan yang bermula semalam ternyata menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut apabila mereka sama-sama membersihkan kawasan persekitaran serta membersihkan surau bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Turut diadakan program kenduri rakyat, kempen penambahan keahlian dan daftar pemilih, program kesihatan dan bantuan kemasyarakatan lain.

Khairy Jamaluddin sejurus program tersebut berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.

“Pogam pertama JOM bermula di Temerloh, Pahang dan kali ini di Petaling Jaya Selatan, Selangor. Kita akan bergerak ke seluruh negara di mana setakat ini kita telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.

“Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,”katanya.

Sumber: http://www.pemuda.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s