Selepas Pasir, Kerajaan Pusat Dipersalahkan Pula Dalam Soal Air

Posted: 07/23/2010 in Uncategorized

Oleh: KU AZMAN KU ABAS.

SHAH ALAM 23 Julai – Pemuda UMNO Selangor menyelar sikap dan tindak tanduk kerajaan negeri yang cuba mengheret kerajaan pusat berhubung isu air sedangkan mereka yang sebenarnya tidak mahu mencari titik penyelesaian isu terbabit.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata jika sebelum ini, isu pasir cuba dikaitkannya dengan kerajaan pusat, kali ini isu air juga seolah-olah mirip ke arah itu apabila pimpinan pembangkang mula bersikap menunding jari.

Tegas beliau, usaha dan komitmen kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu berkenaan dipandang sinis dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan pihak kementerian telah menjelaskan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang teruk jika soal berkenaan tidak diselesaikan.

“Nampaknya soal kepentingan rakyat pun hendak dipolitikkan. Hentikanlah gimik politik yang keterlaluan dan lihat kembali apa janji mereka kepada rakyat di dalam manifesto mereka sebelum pilihan raya umum lalu.

“Inikah yang dipanggil kerajaan berkebajikan…..Ataupun mereka sendiri tidak faham. Asyik mencari kesalahan orang lain sedangkan kpeutusan terakhir adalah di tangan mereka. Saya harap rakyat menilai dan melihat politik keterlaluan pembangkang yang sanggup perjudikan soal kebajikan serta kepentingan demi nafsu serakah politik,” katanya.

Pengarah Penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom berkata masalah di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di negeri ini.

Suhaimi yang juga Ketua pemuda Sepang seterusnya mendesak kerajaan negeri menyatakan dengan telus siapakah penasihat dan perunding mereka dalam soal air di negeri tersebut.

Ini kerana katanya  fakta yang diberi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Selangor mempunyai bekalan air mencukupi sehingga 2019 itu tidak benar sama sekali.

“Kita difahamkan, berdasarkan kajian yang dibuat kerajaan negeri pada tahun 1998 dan 1999, kawasan Lembah Klang sememangnya akan berdepan krisis air pada tahun 2012 hingga 2014. Dan in selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Kita berharap kerajaan negeri mengambil penasihat yang betul dan bukannya “punahsihat” yang bakal memberi risiko kepada penduduk Lembah Klang. Soal politik hentikanlah buat sementara waktu,” katanya.

Semalam Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar turut mencabar kerajaan negeri itu supaya mendedahkan nama individu yang bertanggungjawab menasihati pentadbiran negeri itu dalam isu penyaluran air dari Pahang.

Katanya, kerajaan Selangor yang dipimpin pembangkang perlu bertindak demikian untuk membuktikan bahawa negeri itu tidak akan mengalami krisis air menjelang 2013 . – MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s