Isu air: Khir cabar Khalid dedah hasil kajian syarikat perunding dilantik

Posted: 07/23/2010 in Uncategorized

SHAH ALAM 22 Julai – Kerajaan negeri dicabar supaya mendedahkan hasil kajian syarikat perunding yang dilantik kerana memberi fakta salah mengenai kedudukan bekalan air di Selangor.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini kerana fakta yang diberi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Selangor mempunyai bekalan air mencukupi sehingga 2019 itu tidak benar sama sekali.

Ini kerana, kata beliau, berdasarkan kajian yang dibuat kerajaan negeri pada tahun 1998 dan 1999, kawasan Lembah Klang sememangnya akan berdepan krisis air pada tahun 2012 hingga 2014.

Menurutnya, kajian itu dilakukan syarikat perunding dilantik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bersama dua lagi syarikat perunding masing-masing dilantik oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

“Mengikut kajian itu, bekalan sumber air tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat pada 2012 hingga 2014.

“Sebab itu kerajaan negeri sebelum ini berunding dengan Pahang untuk menyalurkan bekalan air dari negeri itu ke Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada permulaan rundingan, jelas beliau, Pahang meletakkan harga 70 sen bagi setiap meter padu dan Selangor meminta ia dikurangkan kepada 20 sen untuk setiap meter padu.

Ujar beliau, hasil rundingan seterusnya, Pahang bersetuju untuk menjual air sebanyak 10 sen setiap meter padu kepada Selangor.

“Projek penyaluran air dari Pahang telah dipersetujui dengan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat manakala kerajaan negeri menyediakan tanah untuk pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.

“Jadi kalau kerajaan negeri mengatakan bekalan air cukup sehingga 2019, saya cabar Abdul Khalid mendedahkan hasil kajian yang dilakukan mengenai perkara ini,” katanya.

Tambah Mohamad Khir, di negeri ini, hanya beberapa kawasan yang dikategorikan mempunyai sumber bekalan air seperti di Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sumber itu tidak dapat menampung keperluan di Selangor untuk tempoh 2012 hingga 2014 memandangkan sumber air yang terhad sama ada melibatkan bekalan air bawah tanah mahupun sungai di negeri itu.

“Kalau punca air bawah tanah, tidak semestinya ia boleh digunakan kerana kandungan bahan kimia yang tinggi seperti arsenik manakala kawasan sungai pula ada yang tercemar, tidak boleh digunakan untuk sumber air kepada pengguna,” jelasnya.

Selasa lalu, Abdul Khalid menegaskan, sumber air di Selangor masih mencukupi sehingga 2019 berdasarkan kajian pakar yang dilantik kerajaan negeri.

Bagaimanapun, fakta yang diberikan oleh Abdul Khalid itu disangkal Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam dan menyifatkan ia mengelirukan pengguna.

Menurut Fah Kui, ini memandangkan unjuran permintaan bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak mencukupi bermula tahun ini.

Ini kerana, kementerian itu menjangkakan ketiga-tiga kawasan berkenaan akan berlaku peningkatan permintaan antara dua hingga 3.5 peratus setahun dan akan menyebabkan kekurangan bekalan sebanyak 65 juta liter sehari pada 2010.

Sumber:  http://pemudasubang.com/v6/?p=431

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s