Pemuda Selangor mahu SPRM siasat MBI

Posted: 07/21/2010 in Uncategorized

SHAH ALAM 17 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat organisasi dan modus operandi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, ini kerana MBI mengendalikan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) yang dikaitkan dalam aktiviti melombong pasir dan terlibat dengan perbuatan rasuah seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam baru-baru ini.

Ekoran itu, tegasnya, dakwaan Manikavasagam perlu disiasat secara rapi kerana ia turut melibatkan kredibiliti dan integriti yang sangat rendah terhadap Abdul Khalid, selaku pemimpin mentadbir urus negeri ini.

“Kita juga mahu SPRM menyiasat kehilangan dan ketirisan beberapa dokumen rahsia kerajaan negeri, sepatutnya hanya untuk Menteri Besar sahaja tetapi turut diperoleh beberapa pegawai tinggi negeri serta Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

“Kita berharap segala yang dilaporkan mendapat perhatian dan tindakan suruhanjaya berkenaan dengan kadar seberapa segera yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum membuat laporan kepada SPRM Selangor di sini hari ini.

Safarizul berkata, kerajaan negeri juga perlu memberi penjelasan mengapa KSSB diberi kuasa begitu besar untuk menjalankan aktiviti perlombongan pasir di Selangor kerana cukai pasir dipungut oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi setiap daerah.

Katanya, perkembangan yang berlaku ini menimbulkan banyak persoalan berikutan hasil daripada aktiviti tersebut hanya sekitar RM5 juta setahun berbanding janji yang diberikan kepada rakyat hasil perlombongan pasir di negeri ini iaitu pulangan pendapatan RM150 juta setahun.

Beliau juga kesal dengan kenyataan Abdul Khalid bahawa Manikavasagam perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindak balas ekoran mendakwa wujud amalan rasuah dalam kegiatan KSSB, seolah-olah menggalakkan kegiatan gangsterisme di negeri ini.

“Apabila Menteri Besar memberi jawapan sedemikian, seperti beliau mengiakan perbuatan tersebut dan ini membimbangkan orang ramai.

“Sepatutnya, selaku pemimpin utama negeri, Abdul Khalid menjaga keselamatan orang ramai tanpa mengira pangkat atau berbeza fahaman politik,” ujarnya.

Sumber: http://www.pembangkangselangor.com/?p=317

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s