Isu Pasir: Tindakan Terdesak Lagakan UMNO Selangor

Posted: 07/21/2010 in Uncategorized

Pembangkang cuba mengalih isu pasir di Selangor tidak lagi disebut, tetapi cuba menimbulkan krisis dalam UMNO Selangor apabila cubaan untuk melaga-lagakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Dr Mohammad Khir Toyo dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, kononnya kedua pemimpin kanan UMNO Selangor ini masing-masing nak menjadi juara isu pasir di Selangor.

“Saya nak beritahu yang Shuhaimi ini tidak faham dengan apa yang saya dan Dr Khir buat. Ini menunjukkan mereka tak tahan apabila ada dua orang menyerang mereka dalam sudut yang berbeza. Dr Khir Toyo serangannya dengan mendedahkan on the ground di tanah-tanah, pasir-pasir yang dicuri. Saya naik helikopter, kita nak mengesahkan supaya rakyat lebih jelas nampak bahawa apa yang di cakap oleh Khir Toyo itu betul.

Keduanya, tindakan antara saya dengan Khir Toyo ini memang dah dirancang, memang berbeza. Dr Khir mendedahkan on the ground tetapi saya mendedahkan penyelewengan, penyelewengan di dalam pentadbiran KSSB itu sendiri. Di mana saya telah mendapat bukti, bahawa ada berlakunya kroni, ada berlakunya pilih kasih yang mana sekarang ini isu pasir ini pihak kerajaan negeri terpaksa jawab dari dua angle,” ujarnya yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Menurutnya, mereka terpaksa menjawab isu curi pasir yang didakwa KSSB tak tahu manakala pihak KSSB pula terpaksa menjawab bahawa bagaimana pentadbiran dan penyelewengan ini boleh berlaku. Maka, pihak pembangkang tidak boleh menjawab isu-isu dan serangan dari kedua pemimpin ini, akhirnya mereka reka cerita baru bagi mengalih perhatian rakyat supaya lupa isu pasir tetapi dalam masa yang sama, mengambarkan kononnya kedua pemimpin ini menghadapi konflik sesama mereka.

“Ini tektik yang digunakan oleh pembangkang dan kita juga melihat bahawa mereka tidak tahan dengan cara, strategi kita yang baru bahawa ada satu-satu isu yang kita timbulkan, dia akan ada sahut-menyahut. Kita akan main dengan isu ini dengan cara sendiri, dengan cara kita sendiri, biarlah 10 orang pun bercakap tetapi matlamat UMNO Selangor satu sahaja, nak mendedahkan kepada rakyat betapa pembohongan, hipokrit yang dibuat oleh parti PKR,” yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam masa yang sama, Noh turut menjelaskan kemungkinan Naib Presiden PKR, Azmin Ali seronok dengan pendedahan yang dibuat UMNO ini kerana pada satu ketika dulu, PKR sendiri menyerang kerajaan negeri sehingga berjaya menukar pengerusi PKR negeri Selangor.

“Sekarang, orang UMNO pula tekan. Jadi dah tentu ada pihak-pihak dalam PKR ini yang seronok, yang tepuk tangan supaya MB diberikan tekanan yang mungkin akhirnya akan meletakkan jawatan, boleh Azmin jadi MB yang baru,” tidak menolak kemungkinan rakyat sudah sedar dan tidak mahu lagi tidak mahu bersubabat dengan pembangkang lagi.

Sehubungan dengan itu, Noh menyarankan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang agar menjaga `rumahtangga’ parti sendiri dan tidak melaga-lagakan pemimpin UMNO untuk mengekalkan survival politik mereka dalam memenangi hati rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s