Isu Pasir: Pemuda Selangor Serah Dokumen Kepada SPRM

Posted: 07/21/2010 in Uncategorized

Pemuda UMNO Selangor pada Selasa menghantar sejumlah dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai sokongan kepada dakwaan penyelewengan pasir yang dibuat Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar Sabtu lepas.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata dokumen setebal setengah inci itu dihantar bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

“Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata semua dokumen itu diperolehi daripada badan perhubungan Umno Selangor.

Pemuda juga akan terus mengumpul bukti berhubung isu pasir di negeri tersebut bagi memastikan isu berkenaan diambil serius oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Antaranya beliau mendakwa KSSB memberi diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian setiap tan pasir yang berharga RM17.50 kepada sebuah syarikat, manakala yang lain hanya diberi potongan sebanyak 50 sen.

Selain itu Noh juga mendakwa KSSB memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit. Pemuda UMNO Selangor prihatin dan memandang serius kegagalan kerajaan negeri melalui anak syarikatnya KSSB dalam mengurus industri pasir di negeri Selangor dengan telus, terbuka dan penuh tanggungjawab.

Safarizul berkata, melalui siri pendedahan di media-media arus perdana, demonstrasi dan penyerahan memorandum bantahan, menguatkan kegurasan kami tentang berlakunya penyelewengan, amalan perlombongan tidak terkawal dan kegiatan kecurian pasir.

“Ini jelas suatu bentuk rompakan harta rakyat di samping menjejaskan alam sekitar serta pembangunan hartanah di masa hadapan,” ujarnya.

“Hari ini kami mendapati wujud pula bukti-bukti bahawa berlaku amalan tidak telus, pilih kasih atau sikap double standard oleh KSSB. Antaranya sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB memperoleh diskaun 22% atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya di

berikan potongan 50sen bagi kuantiti sama”.

Sehubungan dengan itu, bukti-bukti yang berkaitan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan siasatan lanjut demi memastikan tadbir urus yang baik sebuah anak syarikat kerajaan neg

eri dan untuk menyelamatkan harta rakyat Selangor iaitu hasil daripada industri p

asir daripada manipulasi mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sementara siasatan berhubung dengan industri pasir ini dilakukan SPRM, kami turut gesa kerajaan negeri mengambil tindakan sepertimana yang terkandung dalan memorandum bantahan industri pasir yang telah dikemukakan kepada YAB Menteri Besar Selangor pada 15 Julai yang lalu.

“Kami Pemuda Selangor juga menggesa agar

kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh terhadap pros

es siasatan terhadap KSSB dan tidak mempolitikkan isu pasir ini sebaliknya lihat ini sebagai isu urus tadbir, ketelusan dan keterbukaan sebuah anak syarikat negeri yang bertanggungjawab mengurus hasil bumi Selangor dan menjana pendapatan negeri di mana kini penyelewengan besar-besaran berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s