“Dialah Raja Pasir Selangor” – Dr Khir Toyo

Posted: 07/21/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Tak perlu nak melaga-lagakan UMNO Selangor, baik jaga dan nilai diri sendiri dan parti sendiri. Begitulah ulasan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo,  berhubung dakwaan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’.

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

Leave a comment