`SKUAD TINDAKAN KHAS’ Pemuda UMNO Selangor Pantau Isu Pasir Selangor

Posted: 07/20/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Pemuda UMNO Selangor akan mewujudkan satu skuad yang dinamakan Skuad Tindakan Khas untuk menangani isu pencerobohan dan kecurian pasir Selangor. Skuad ini akan memantau dan sekiranya kerajaan negeri masih mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan tegas, skuad yang dipengerusikan Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal dan juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa,

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan berkata, isu pasir Selangor ini harus dipandang serius oleh semua pihak termasuk kerajaan negeri khususnya rakyat Negeri Selangor. Rakyat Selangor khususnya Pemuda UMNO harus tampil untuk member teguran dan amaran kepada kerajaan negeri agar tidak sewenang-wenangnya merompak segala harta kekayaan dalam negeri Selangor.

“Apa yang berlaku pada hari ini ini adalah satu pemberontakan rakyat Selangor, kerana wujud ‘hanky panky’ banyak perkara yang tidak betul semenjak kerajaan negeri di bawah PKR, di bawah Khalid Ibrahim ini, Selangor jadi kucar-kacir, janji tidak tertunai dan paling teruk sekali kerja-kerja mencuri pasir di seluruh negeri Selangor ini yang kita nampak telah dirancang dengan begitu rapi dan berlaku banyak kesalahan-kesalahan dari penyalahgunaan akta dan sebagainya.

Penekanan yang kita nak berikan ialah memberontak, tunjukkan rasa tidak puas gabungan antara UMNO dan NGO untuk kerajaan Selangor bertindak segera menghentikan segala kepincangan ini, khususnya kes kecurian pasir ini kerana kita nampak Selangor makin parah,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, apa yang diperjuangkan UMNO sekarang ini, bukannya isu UMNO sebaliknya ia berkisar kepada masa depan rakyat, berkaitan pencemaran, kerana kita tak mahu Selangor menjadi negeri lombong, negeri pasir dan negeri yang berlobang-lobang.

Pemuda UMNO Selangor memberikan masa selama seminggu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pasir ini sebelum kebangkitan kedua Pemuda UMNO yang mahukan penyelesaian segera

“Ini kita gambarkan sebagai tanda kebangkitan rakyatlah sebenarnya, sebab kecewa sangat dan banyak janji-janji kosong yang belum ditunaikan, khususnya bab pasir ini. Kita minta SPRM masuk untuk buat siasatan, Kes kecurian pasir ini memang kita tegas, semenjak zaman pentadbiran BN di Selangor lagi dulu.

Kita ambil tindakan terhadap mereka yang mencuri pasir. Tidak seperti sekarang, kes kecurian pasir ini dibiarkan berleluasa, malah mereka nak salahkan Kerajaan Pusat. Ini satu tindakan yang tidak betullah.”

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim turut mengakui kelemahan dan ketidak mampuan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir negeri, khususnya dalam isu perlombongan pasir Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

“Kerajaan negeri tidak berani berhadapan dengan apa yang dinamakan sebagai `kebangkitan’ Pemuda UMNO Selangor, selain menunjukkan kelemahan apabila mereka tidak berani menurunkan pegawai atau wakil untuk menerima memorandum yang nak disampaikan kami.

KKSB yang kita diibaratkan sebagai `Korek Selangor Sampai Berlubang’ adalah bukti kelemahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini tunjukkan kepada rakyat dengan jelas dan nyata kelemahan mereka dalam mengurus tadbir kerajaan Negeri”.

Sehubungan dengan itu, Mahmud meminta kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat Pemuda UMNO Selangor untuk terus menggerakkan jentera bagi mendedahkan kepincangan dan kelemahan kerana negeri bagi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Selangor pada masa hadapan.



Sumber: MediaUMNO



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s