IKYS Untuk Bantu Pelajar Kurang Mampu Lanjut Pelajaran Ke Peringkat Lebih Tinggi

Posted: 07/19/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Pemuda UMNO kecewa dan dukacita dengan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor kerana pembinaannya adalah untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi mendapatkan latihan kemahiran di institusi disediakan kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman berkata, sasaran kerajaan negeri sebelum ini adalah untuk membantu anak golongan miskin mendapatkan latihan di IKYS supaya mereka dapat dibela bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

Tambahnya, ketika ini rata-rata pelajar adalah dari kalangan mereka yang tinggal berdekatan dan dengan perpindahan tempat belajar, mereka terpaksa berulang-alik dan terpaksa menanggung kos tambahan sedangkan mereka bukannya dari golongan yang kehidupannya senang.

“Kita rasa dukacita dengan penutupan ini terutamanya ia menyebabkan masalah kepada pelajar-pelajar ini daripad segi logistik, dari segi perpindahan dan dari segi gerak kerja merekalah. Ibu bapa juga agak terkejut kerana masa terlalu awal, keputusan ini mereka terima terlalu awal mereka perolehi.

Maka Yayasan Selangor yang sepatutnya berfokus kepada anak-anak Selangor, kini jadi tidak beri bermanfaat malah akhirnya kini menyusahkan. Yang paling penting, perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan yayasan ditubuhkan untuk anak-anak Selangor,” ujarnya yang turut sama dalam perhimpunan bersama 500 pelajar dan ibu bapa di hadapan pintu utama IKYS pagi tadi.

Seorang pelajar, Akhbar Rafee, 20 dari Bukit Kapar Klang memberitahu, dia yang baharu menjalani program suai kenal di insititut itu selama tiga hari terkejut dengan penerangan mengenai penutupan IKYS yang dibuat pihak pengurusan pada Khamis lepas.

“Alasan yang diberi tidak kukuh, penerangan yang diberikan tidak memuaskan,” katanya dan menurutnya dia menyertai IKYS kerana peratusan lulusan sijil kemahiran pendawaian elektrik dari institusi itu yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian adalah tinggi iaitu 95 peratus tetapi tiada jaminan sedemikian dari INSPENS.

Manakala pelajar tahun akhir kursus pendawaian elektrik, Norsyuhada Hassan, 19, dari Kampung Parit 2, Sungai Besar berkata sepatutnya pihak pengurusan member peluang kepada pelajar semester keempat untuk menamatkan pengajian sebelum menutup IKYS.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s