KAWAL LOMBONG PASIR UNTUK MASA DEPAN RAKYAT SELANGOR

Posted: 07/14/2010 in Uncategorized

HULU SELANGOR– Seperti yang dijanjikan, hari ini kumpulan media dibawa ke satu kawasan yang didakwa mejalankan kegiatan melombong pasir yang melibatkan sebatang sungai hingga memusnahkan ekosistem kawasan berkenaan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, apa yang didedahkan dan dibongkar mengenai aktiviti melombong pasir di lakukan secara berleluasa tanpa pemantauan kerajaan negeri Selangor secara dasarnya adalah untuk kebaikan dan masa depan penduduk dan rakyat Selangor, bukannya atas kepentingan peribadi atau politik BN

seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sejak terbongkarnya isu ini.

Sehubungan dengan itu, Khir Toyo meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor untuk mengawal kegiatan melombong pasir di Selangor demi masa depan penduduk negeri itu, bagi menjamin bekalan air yang bersih.

“Akibat daripada kegiatan melombong pasir yang berleluasa sekarang ini, nanti apa yang tinggal di Selangor hanyalah lubang-lubang besar yang sudah tidak bernilai sedangkan

tanah itu boleh digunakan untuk pembangunan ataupun pertanian. Jika pasir diambil contohnya sehingga kedalaman tanah 120 kaki sebagaimana yang berlaku di Sepang, kos untuk menimbusnya adalah tiga kali ganda daripada hasil pasir yang dikeluarkan.

Dia nak potong bukit mana untuk timbus balik tanah yang diambil. Jadi, tanah ini akan jadi

tiada nilai langsung. Jadi kalau kita galakkan aktiviti ini, pada masa depan rakyat Selangor tiada tempat duduk,”ujarnya selepas meninjau Sungai Selangor di kawasan Changkat Rasa, Hulu Selangor.

Tambahnya, mereka yang melombong pasir di Selangor kini cenderung untuk mengorek sehingga dalam bagi mendapatkan silika, iaitu pasir berkualiti tinggi, mungkin untuk dieksport berbanding dengan pasir biasa yang digunakan untuk pembinaan.

Sebab itu kerajaan negeri tidak sepatutnya menjadikan hasil pasir sebagai hasil utama. Masalahnya ialah kenapa ke kerajaan negeri benarkan lombong pasir di kawasan tanah kerajaan, yang akhirnya tanah tiada nilai. Pada masa depan, siapa yang beli, duduk di tanah 120 kaki.

“Itu yang saya nak tanya pada Tan Sri Khalid. Bukan soalnya dia beri permit atau tidak. Siapa yang perbaiki balik. Kerugian akan ditanggung oleh rakyat negeri Selangor sampai bila-bila. Generasi akan datang, tak boleh buat rumah. Kita harap sangat bukan kerana politik, ini masa depan negeri Selangor.

Saya merayu pada kerajaan negeri untuk tutuplah perlombongan pasir di tanah kerajaan negeri. Kalau nak benarkan pun, di tanah-tanah persendirian ini untuk keperluan

pembangunan, ini tidak boleh dielakkan. Hasil kajian kita, di tanah persendirian pun dah cukup,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Khir berkata bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dahulu hanya membenarkan pasir dikeluarkan di kawasan tanah persendirian dan kerajaan hanya mengutip royalti.

Katanya semasa beliau menjadi Menteri Besar, lebih 20 kawasan melombong pasir secara haram di sepanjang Sungai Selangor telah ditutup bagi mengelak pencemaran sumber air

mentah ke loji rawatan air di Bukit Badong dan di Bukit Tagar berdekatan Batang Berjuntai.

“Saya masih ingat lagi kawasan ini (rizab sungai yang dilawati hari ini) dulu adalah sebuah bukit tetapi sejak tiga bulan lepas telah menjadi kolam besar macam tasik,” katanya.

Dalam masa yang sama, Khir juga mempertikaikan peranan badan-badan bukan kerajaan yang semasa zaman beliau menjadi Menteri Besar aktif membangkitkan isu mengenai perlombongan pasir tetapi pada semasa pemerintahan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR sekarang, mereka ini tidak lantang seperti dahulu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s