Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor Tidak Telus Tangani Isu Pasir

Posted: 07/13/2010 in Uncategorized

Di mana letaknya ketelusan Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pasir Selangor? Jika sewaktu menjadi pembangkang Selangor, mereka tidak pernah lekang dari mencipta apa sahaja isu, malah turut mengaitkan pemimpin BN dan UMNO dalam isu ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar berkata, ketika BN mentadbir Selangor, pembangkang sering mengatakan BN tidak telus dalam mentadbir Selangor, projek BN hanya projek rundingan terus.

“Sekarang, lihat sahaja isu pasir ini, mereka sendiri tidak telus dengan mengwujudkan satu-satunya syarikat bernama Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Syarikat ini memonopoli pengeluaran pasir di Selangor dan adakah ini merupakan bukti ketelusan Kerajaan Negeri Selangor dengan tidak memberikan peluang kepada syarikat lain untuk mengeluarkan pasir-pasir ini,” ujarnya selepas meninjau dari udara beberapa kawasan yang terlibat dalam isu pasir Selangor ini.

Tambahnya, KSSB ini hanya syarikat yang diberi lesen, tetapi tidak melaksanakan projek mengeluarkan pasir sebaliknya memberikan kepada syarikat kontraktor lain untuk laksana.

“Mereka tak buat, mereka untung atas angin sahaja. Sebagaimana yang MB Selangor maklum hari ini, projek di Dengkil yang didedahkan BN baru-baru ini dibagi kepada syarikat Chong Trading,”.

Persoalannya sekarang, adakah projek yang diserahkan kepada syarikat Chong Trading ini dibuat secara tender terbuka atau KSSB hanya menyerahkan secara suka-suka mereka sahaja.

“Saya difahamkan memang tidak ada sebarang tawaran tender terbuka dibuat dalam hal ini. Mereka anggap pasir ini sebagai ‘harta’ mereka dan bukannya harta kerajaan negeri,”.

Sehubungan dengan itu, UMNO Selangor akan membuat laporan polis dan SPRM dalam masa terdekat agar siasatan dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit.

UMNO Selangor juga akan menghantar memorandum kepada Kerajaan Selangor, Khamis ini berhubung isu pasir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s